RASMI : PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2022 ~ MOHON SEKARANG ! - BANTUAN TERKINI

Breaking

Friday, June 3, 2022

RASMI : PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2022 ~ MOHON SEKARANG !




SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhada) ialah anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menyediakan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

 

SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia, bersejajar dengan Dasar Perumahan Negara.





RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)


RMR diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, seperti nelayan, petani, dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri 


 Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000, dan rumah pembinaan akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, seperti di bawah.





HARGA & REKA BENTUK RMR


Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:


1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

 -   Harga: RM75,000

 -   Subsidi pembinaan: RM20,000

 -   Jumlah Pinjaman: RM55,000

 -   Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300









2.Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

 -   Harga: RM85,000

 -   Subsidi Pembinaan: RM20,000

 -   Jumlah Pinjaman: RM65,000

 -   Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350





3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

 -   Harga: RM75,000 - RM106,000

 -   Subsidi pembinaan: RM20,000

 -   Jumlah Pinjaman: RM55,000 - RM86,500

 -   Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 - RM470






Syarat Keleyakan Permohonan


Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR:


 -   Warganegara Malaysia

 -   Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas

 -   Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

 -   Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna

 -   Tapak / tanah bersesusaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik

 -   Keluasan tanah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)


CARA MEMBUAT PERMOHONAN RMR


Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:


Secara Online

 -   Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/

 -   Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap

 -   Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar

 -   Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan

 -   Lengkapkan borang yang dikehendaki

 -   Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang

 -   Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan


Secara Manual

 -   Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR:


 -   Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaa)

 -   Salinan kad pengenalan tuan tanah

 -   Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)

 -   Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.

 -   Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*

 -   Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*

 -   Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah

 -   Salinan sijil nikah pemohon

 -   Borang laporan tapak bergambar


NOTA:


*Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A


*SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa


SEMAKAN STATUS KELULUSAN


*Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.


*Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat


TANGGUNGJAWAB PEMOHON


Pemohon RMR bertanggungjawab untuk:


 -   Mengisi dan melengkapkan borang permohonan

 -   Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi

 -   Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik

 -   Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan

 -   Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu


MAKLUMAT LANJUT


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi


IBU PEJABAT


Syarikat Perumahan Negara Berhad

Tingkat 8, Wisma Perkeso

Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

Emel: aduan@spnb.com.my


SENARAI CAWANGAN


Cawangan Kedah

No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: 04-4500375 / 04-4500376

Faks: 04-4500379

Emel: spnb_semeling@spnb.com.my


Cawangan Melaka

No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.

Telefon: 06-3369751 / 06-3369752

Faks: 06-3369753

Emel: spnb_melaka@spnb.com.my


Cawangan Negeri Sembilan

No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300

Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350

Faks: 06-601 3507


Cawangan Terengganu

No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-6660010 / 09-6660054

Faks: 09-6627312

Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my


Cawangan Perak

No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.

Tel: 05-5264188 / 05-5263876

Faks: 05-5264319

E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my


Cawangan Pahang

A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

Tel: 09-573 3222

Faks: 09-573 3666

E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my


Cawangan Johor

Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07-2259900 / 07-2259911

Faks: 07-2223233

E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my


Cawangan Kelantan

No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.

Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545

Faks: 09-7885545

E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my


Cawangan Sarawak

Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,

93050 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-230032 / 082-240032

Faks: 082-230055

E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my


Cawangan Sabah

Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.

Tel: 088-791610 / 088-791612

Faks: 088-791613

E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my


No comments:

Post a Comment